Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Bank, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), dan Politeknik Port Dickson telah menganjurkan aktiviti penanaman pokok sempena program 'Mangrove Tree Planting 2024' di Pantai Cermin, Tanjung Tuan, Melaka pada 17 Ogos 2024.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga ekosistem hutan, khususnya hutan bakau yang menjadi benteng utama pesisir pantai. Sebanyak 1,000 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (R. mucronata) ditanam oleh 150 peserta.
Selain penanaman pokok, para peserta juga berpeluang mempelajari kepentingan ekosistem hutan bakau, termasuk mengenali spesies pokok api-api (Avicennia alba) dan berembang (Sonneratia caseolaris).
Pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta, malah memupuk rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

hello100jutapokok@nres.gov.my