Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah telah menganjurkan Program Tanam Pokok Sempena Hari Kebangsaan ke-67 pada 8 Ogos 2024 di Taman Eko Rimba (TER) Bukit Batu Lebah, Jasin, Melaka.
Turut hadir, Syahir Afizi Abd Aziz, Penolong Pemelihara Hutan JPNM; Adi Faiz Ramlan, Ketua Unit Pembangunan Pelajar; dan Mohd Fitri Ab Rasid, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) KKTM Masjid Tanah.
Seramai 60 pelajar KKTM Masjid Tanah dengan bantuan staf Pejabat Hutan Daerah Jasin menanam 50 pokok meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata) di sekitar kawasan perkhemahan TER Bukit Batu Lebah.
Para pelajar turut mengadakan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan TER. Mereka juga menyertai aktiviti ‘orienteering’ yang bertujuan membangunkan kemahiran pelajar dalam navigasi menggunakan peta dan kompas untuk mencari lokasi dalam hutan.
Program ini tersebut bukan sahaja bertujuan menanam rasa cinta terhadap alam sekitar tetapi juga meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemuliharaan hutan dan ekosistem di Malaysia.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

hello100jutapokok@nres.gov.my