Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Melaka, Persatuan Malim Gunung Negeri Melaka (PMGP Melaka) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok dan pendakian di Bukit Gapis, Melaka pada 20 Julai 2024.
Majlis perasmian aktiviti tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Abdul Aziz Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka yang menanam pokok chengal (Neobalanocarpus heimii) di tapak pintu gerbang Bukit Gapis. Turut hadir, YB Datuk Fairul Nizam, Ahli Dewan Undangan Negeri Asahan, Melaka.
Sebanyak lima pokok chengal ditanam sebelum peserta memulakan pendakian ke puncak Bukit Gapis yang berketinggian 489 meter.
Aktiviti tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan hutan, menggalakkan aktiviti luar yang sihat seperti mendaki gunung serta menyokong inisiatif Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka
hello100jutapokok@nres.gov.my