Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNM, PTHM, MOTAC Melaka, PPSPM, TNB, Maxeon Manufacturing Malaysia tanam 105 pokok
diterbitkan pada 22 June 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM), Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Melaka, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka (PPSPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Maxeon Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. telah mengadakan 'Program Penanaman Pokok Berembang dan Bakau di Ecotourism Paya Lebar', Alor Gajah, Melaka pada 22 Jun 2024.

Program ini juga melibatkan pelajar Melaka International College of Science and Technology (MiCoST), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Institut Pendidikan Guru Melaka.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau. Turut hadir, Ketua Whip Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Ghafar Ngah; ahli-ahli Majlis MPAG, ketua-ketua dan pegawai jabatan / unit serta pegawai perhubungan DUN Ayer Limau.

Sebanyak 105 pokok termasuk merbau ipil (Intsia bijuga), berembang (Sonneratia caseolaris), keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana) dan bakau minyak (Rhizophora apiculata) berjaya ditanam.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my