Para peserta 'Tanjung Tuan Trail Endurance Series 2024' telah menjalankan aktiviti penanam pokok 'A Tree For The Future' pada 9 Jun 2024 di Taman Eko Rimba (TER) Tanjung Tuan, Melaka.
Mereka menanam tujuh pokok melaka (Phyllanthus emblica) dan 50 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Acara larian anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka dan Villea Hotel ini tersebut dirasmikan Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah JBSNM.
Turut hadir, Khirun Nizam Abdul Rahim, Pengarah JPNM; Petra Sulai, Pengarah PERHILITAN Melaka; dan Muhammed Ridzuan Nordin, Pengurus Villea Hotel.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka
hello100jutapokok@nres.gov.my