Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) telah melaksanakan aktiviti penanaman pokok secara serentak di pejabat JPNM dan pejabat-pejabat hutan daerah pada 21 Mac 2024, sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA).
Sambutan HHA 2024 bertemakan "Hutan dan Inovasi: Ke Arah Solusi yang Lebih Baik" (Forests and Innovation: New Solutions for a Better World).
Setiap staf jabatan yang terlibat telah menanam empat pokok yang terdiri daripada spesies merbau (Intsia palembanica), penaga lilin (Mesua ferrea), dan kemuning (Murraya sp.).
Aktiviti penanaman pokok ini bukan sahaja menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, tetapi juga menggalakkan kesedaran dalam kalangan staf mengenai kepentingan hutan dalam pembangunan lestari.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka
hello100jutapokok@nres.gov.my