Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNM, MNS tanam pokok sempena 'Raptor Watch' 2024
diterbitkan pada 09 March 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 9 Mac 2024 di Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Melaka sempena program 'Raptor Watch' 2024.

YB Rosli Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Kuala Linggi merasmikan program dengan menyempurnakan acara 'flag-off' peserta Raptor Race. Beliau turut menanam pokok geronggang derum (Cratoxylum cochinchinense).

Turut hadir, Khirun Nizam Abdul Rahim, Pengarah JPNM; Sa'ari Basiron, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka; Dato' Fakhrul Hatta Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia; dan Petra Sulai, Pengarah PERHILITAN Melaka.

Sebanyak 200 pokok spesies merbau (Intsia palembanica), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), kapur (Dryobalanops aromatica), pelong (Pentaspadon sp.), keruing (Dipterocarpus sp.), terap nasi (Artocarpus elasticus), kembang semangkuk (Scaphium longiflorum), sepetir (Sindora coriacea), kemenyan (Styrax benzoin) dan medang teja (Cinnamomum burmanni) ditanam oleh para peserta di sekitar Trek Pantai Keramat.

Aktiviti-aktiviti lain seperti Forest Walks, Marine Walks dan Raptor Race turut dijalankan bagi memeriahkan program.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my