Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) bersama agensi rakan strategik, Indigo Hotel (IHG) Kuala Lumpur telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 5 Disember 2024 bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama IHG Kuala Lumpur yang jatuh pada 8 Disember 2024.
Aktiviti tersebut bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia serta merupakan salah satu aktiviti Pasca Program KL Green Symphony 2024 yang diadakan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL). Turut hadir, Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah JPWP; Ashleigh Garside, Pengurus serta 20 staf IHG Kuala Lumpur.
Mereka telah menanam 30 pokok salam (Syzygium polyanthum), kari (Murraya koenigii), limau kasturi (Citrus microcarpa) dan manga (Mangifera indica).
Selain itu, sebanyak 150 pokok salam, kari, limau kasturi dan manga juga diedarkan kepada pengunjung TERKL bagi mempromosikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sumber: Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan

hello100jutapokok@nres.gov.my