Petron Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menjayakan Program Penanaman Bakau Petron Malaysia di Hutan Simpan (HS) Paya Laut Cherating, Pahang pada 10 Oktober 2024.
Sebanyak 400 pokok paya bakau kurap (Rhizophora mucronata) ditanam pada program ini sebagai langkah memulihkan ekosistem hutan paya laut.
Aktiviti tersebut melibatkan penyertaan sukarelawan yang terdiri daripada staf 'Distribution and Terminal Operations (D&TO)' Petron Kuantan dan Ibu Pejabat Petron Malaysia.
Ia bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan hutan, tetapi juga meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan hutan dalam memelihara keseimbangan ekosistem dan kesejahteraan komuniti.
Aktiviti tersebut merupakan penanaman ketiga oleh Petron Malaysia dalam usaha menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Petron Malaysia telah menanam 600 pokok di Petron Refinery, Port Dickson, Negeri Sembilan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 6 Jun 2024; dan 500 pokok paya bakau di HS Tanjung Burung, Pantai Remis, Perak sempena Jelajah Aspirasi Malaysia RTM Bersama Petron Peringkat Negeri Perak pada 21 Ogos 2024.
Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

hello100jutapokok@nres.gov.my