Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) Bukit Lagong Tambahan pada 24 Ogos 2024 bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Sambutan Bulan Kebangsaan FRIM serta menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Program tersebut disempurnakan oleh Dato' Zahari Ibrahim Ketua Pengarah (KP) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); dan Dato' Dr Ismail Parlan KP FRIM. Turut hadir, Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah JPWP; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Mahmudin Saleh, Timbalan KP (Operasi) serta ahli-ahli Pengurusan Tertinggi FRIM.
Sebanyak 23 pokok pelbagai spesies seperti meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), meranti rambai daun (R. acuminata), engkabang (R. macrophylla), meranti melantai (R. macroptera), meranti langgong (R. lepidota), balau sengkawang air (Shorea sumatrana), balau laut (S. glauca), merawan kanching (Hopea subalata), merawan siput (H. sangal), keruing pipit (Dipterocarpus fagineus), damar hitam bulu (Richetia longisperma) dan gelam (Melaleuca cajuputi) telah ditanam.
Sumber: Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan

hello100jutapokok@nres.gov.my