Sebanyak 77 peserta acara Watermelon Sandglass Ultra dan Kuala Lumpur Forest Eco Park Endurance (KLFEPE) telah menanam pokok serta menerima sumbangan anak pokok sebelum larian pada 20 Julai 2024.
Acara anjuran Hijo Running Club (Projek Hijo) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) tersebut diadakan pada 20-21 Julai 2024 di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL).
Para peserta menanam dan juga menerima 50 anak pokok yang terdiri daripada merbau (Intsia palembanica), perah (Elateriospermum tapos), balau (Shorea sp.), sentul (Sandoricum koetjape), keruing (Dipterocarpus sp.) dan durian (Durio sp.) bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sesi penyerahan anak pokok dan pelepasan peserta disempurnakan oleh Dato' Zahari Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Dasar & Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Turut hadir, Dato' Mohd Rahim Rani, TKP (Operasi & Teknikal) JPSM; dan Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah JPWP.
Acara tersebut juga mempromosikan TERKL yang berkonsep hutan pendidikan alam semulajadi.
Sumber: Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan

hello100jutapokok@nres.gov.my