Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) dengan kerjasama Syarikat Beyond Eternity (BE) International telah mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena pada 4 Jun 2024 di Hutan Simpan (HS) Sungai Besi dan Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan.
Aktiviti yang bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini dirasmikan oleh Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah JPWP.
Turut hadir, Suhaidi Sinin, Timbalan Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan Labuan; Ir. Lee Suet Sen, Pengasas, Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan BE International; serta Ho Huey Chuin, Pengasas dan Naib Presiden Eksekutif BE International.
Seramai 150 staf syarikat BE International seluruh Malaysia menanam 1,000 pokok yang terdiri daripada merbau (Intsia palembanica), merawan kanching (Hopea subalata), perah (Elateriospermum tapos), balau (Shorea sp.), sentul (Sandoricum koetjape) dan keruing (Dipterocarpus sp.).
JPWP sentiasa mengalu-alukan penglibatan syarikat atau badan korporat serta komuniti untuk bersama mengadakan program seumpama ini.
Sumber: Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan

hello100jutapokok@nres.gov.my