Delegasi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Dutch Timber Procurement Assessment Committee (TPAC) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menanam pokok di Kampung Orang Asli Ayer Karah, Lenggong pada 17 Februari 2025 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Aktiviti penanaman pokok merupakan salah satu pengisian lawatan delegasi ke Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) pada 16-18 Februari 2025.
Delegasi 20 peserta ini menanam 11 pokok nadir yang terdiri daripada petai (Parkia speciosa), jambu bol (Syzygium malaccense), cerupu (Garcinia prainiana) dan beruas (Garcinia hombroniana).
Turut hadir, Othman Deris, Ketua Seksyen Perancangan Mikro dan Makro, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan JPSM; Rusli Tahir, Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPNPk; Michael Burger, Ketua Pegawai Eksekutif TPAC; Prof. Emeritus Gerard Persoon, Ahli Jawatankuasa MTCC; dan Rama Busu, Penghulu Orang Asli Islam Negeri Perak.
Taklimat program penanaman pokok disampaikan oleh Mohd Fauzan Misron, Pegawai Hutan Daerah Kuala Kangsar.
Aktiviti penanaman ini juga bertujuan memberi manfaat jangka panjang kepada ekosistem tempatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan biodiversiti negara.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

hello100jutapokok@nres.gov.my