JPNPk, PGEA, Concentrix Malaysia tanam 1,500 pokok bakau di HS Tanjung Burung
diterbitkan pada 25 January 2025
Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dengan kerjasama Prosper Global Events & Academy (PGEA) telah menganjurkan Program CEPA Pemuliharaan Hutan Paya Laut bersama Concentrix Malaysia di Kompartmen 110, Hutan Simpan (HS) Tanjung Burung, Daerah Hutan Kinta/Manjung, Perak pada 25 Januari 2025.
Program ini melibatkan 80 peserta dari Concentrix Malaysia yang menanam 1,500 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (Rhizophora mucronata).
Inisiatif ini bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan pemuliharaan hutan paya laut sebagai zon penampan pesisiran pantai dan ekosistem habitat hidupan marin.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak
Kenali pokok kita

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my