Seramai 50 peserta telah menyertai ceramah orkid bertajuk Orchids of Peninsular Malaysia: The Hidden Treasures of Nature yang diadakan pada pagi 22 Mac 2025 sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA).
Sesi yang berlangsung di Galeri Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini disempurnakan oleh Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM.
Turut hadir, Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Biodiversiti Hutan; Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat; dan Lim Chung Lu, Pegawai Media.
Pakar orkid FRIM, Ong Poh Teck, berkongsi mengenai biodiversiti, penyelidikan, pemuliharaan orkid di Semenanjung Malaysia serta biologi pendebungaan orkid yang menarik.
Ong turut membawa peserta melawat tapak semaian orkid, manakala Pakar Botani, Aliaa Athirah Adam Malek memberi penerangan semasa lawatan ke Herbarium.
Peserta juga ditunjukkan spesimen Phalaenopsis cornu-cervi yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Norwati turut menyampaikan anak-anak pokok sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM kepada para peserta bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my