Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, JPNPs sumbang anak pokok kepada MSU College Sungai Petani
diterbitkan pada 26 February 2025

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan 50 anak pokok jati (Tectona grandis), manakala Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPs) menyumbangkan 50 anak pokok merawan siput jantan (Hopea odorata) kepada MSU College bagi Program Matlamat Pembangunan Lestari 4.0 yang diadakan di Tasik Timah Tasoh, Perlis pada 26 Februari 2025.

Beliau juga menerangkan keunikan 'Jati of Perlis' yang bertujuan merealisasikan potensi perladangan jati dalam menyokong kelestarian alam dan kemampanan ekonomi Negeri Perlis. Inisiatif ini turut menjadi langkah penjenamaan Petunjuk Geografi (GI) untuk meningkatkan reputasi Jati Perlis ke arah penarafan Kraf Jati Diraja Perlis.

Seramai 100 pelajar kolej tersebut telah menyertai program yang dirasmikan oleh Maswani Shukri, Pengetua MSU College Sungai Petani. Turut hadir, Nurul Jannah Zulkifly, Ketua Akademik MSU Collage; Najlaa Syafikah Lah, Syahirah Syuhada Sohibul Basri, pegawai program; Muzani Saad, Penolong Pemelihara Hutan (Silvikultur) JPNPs; dan Aini Izzati Ahmad Sohimi, Pegawai FRIM dari Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Perlis,

Aini Izzati turut menyampaikan taklimat mengenai penanaman pokok kepada peserta.

Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuk penanaman pokok, pelepasan benih ikan, boat ride dan lawatan ke Padang Besar.

Sumber: FRIM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my