Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

KLBC tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 22 February 2025

Kuala Lumpur Business Club (KLBC) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 22 Februari 2025 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM, menyampaikan ucapan alu-aluan serta tayangan video mengenai FRIM kepada lima wakil KLBC yang diketuai oleh Dato' Rohana Tan Sri Mahmood, Pengasas serta Pengarah.

Sebanyak 20 pokok telah ditanam, terdiri daripada spesies seperti nyatoh taban merah (Palaquium gutta), belian (Eusideroxylon zwageri), mersawa gajah (Anisoptera scaphula), resak daun panjang (Vatica nitens), keruing cogan (Dipterocarpus rigidus), merawan siput jantan (Hopea odorata), durian (Durio sp.), sentul paya (Sandoricum beccarianum), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), giam lintah bukit (Hopea helferi) dan jambu bol (Syzygium malaccense).

Lim juga membawa wakil-wakil KLBC untuk melawat denai alam FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my