Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Daikin jayakan CSR 'Eco-roots Initiative' di FRIM
diterbitkan pada 15 February 2025

Daikin Steel Malaysia Sdn. Bhd. telah menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Eco-roots Initiative' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 15 Februari 2025.

Program ini melibatkan seramai 25 peserta yang diketuai oleh Mohammad Iqmal Azhar, Presiden Kelab Sukan. Mereka disambut oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM, yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta taklimat mengenai sejarah dan latar belakang FRIM.

Noraliza Alias, Pegawai Penyelidik Cawangan Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM, pula menyampaikan taklimat mengenai fungsi TSU sebagai pusat utama penyediaan anak pokok hutan untuk tujuan konservasi, penyelidikan, pendidikan dan program pemulihan hutan. Beliau turut menerangkan teknik menyemai anak pokok (potting) serta kaedah menghasilkan anak pokok berkualiti.

Seterusnya, para peserta menjalankan aktiviti menyemai anak-anak pokok kasai (Pometia pinnata) di TSU. Aktiviti ini dikendalikan oleh Mior Muhd. Fizree Najmudin Abd Razak, Pegawai Hutan, bersama urusetia CSR FRIM.

Program ini diakhiri dengan lawatan berpandu ke denai alam oleh jurupandu alam FRIM.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my