Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka pada 4 Januari 2025 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia.
Aktiviti yang dirasmikan Dato' Dr Adnan Mat, Presiden Cuepacs Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan usaha pemuliharaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penghijauan negara. Turut hadir, Mohd Shahril Nizam Mat Ali, Timbalan Pengarah JPNM; dan Petra Sulai, Pengarah PERHILITAN Melaka.
Seramai 100 sukarelawan termasuk staf kerajaan, ahli-ahli NGO dan masyarakat setempat menanam pokok limau hantu (Merope angulata) dan damar hitam siput besar (Richetia kuantanensis). Mereka juga mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan laluan trek hutan.
Selain menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia, aktiviti sebegini penting bagi memastikan kelestarian alam semula jadi dipelihara serta menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara penjawat awam dengan masyarakat setempat.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

hello100jutapokok@nres.gov.my