JHS, MPKS, ASEZ Malaysia tanam 150 pokok bakau di Sadong Jaya
diterbitkan pada 23 February 2025
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan kumpulan sukarelawan antarabangsa ASEZ Malaysia telah menjalankan aktiviti penanaman bakau bawah inisiatif 'Save The Earth from A to Z' pada 23 Februari 2025.
Aktiviti yang diadakan di Muara Tepian Sungai Kampung Jaie, Sadong Jaya, Sarawak yang melibatkan lebih 100 peserta ini dirasmikan oleh Dato Peter Minos, Pengerusi MPKS.
Sebanyak 100 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan 50 pokok api-api (Avicennia alba) telah ditanam sepanjang kawasan persisiran sungai tersebut.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
Kenali pokok kita

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my