Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNPs, Grass Malaysia jayakan program 'Guardians of Nature'
diterbitkan pada 22 February 2025

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPs) bersama Grass Malaysia (Perlis) telah menjalankan Program 'Guardians of Nature' di Kompatmen 9, Hutan Simpan (HS) Bukit Bintang, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis pada 22 Februari 2025.

Program tersebut melibatkan aktiviti penanaman pokok dan pembersihan @ plogging bagi memberi sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta membersihkan kawasan tarikan pelancong untuk kelestarian alam sekitar.

Sebanyak 150 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) telah ditanam dengan penglibatan 100 peserta yang terdiri daripada sukarelawan Grass Malaysia (Perlis) dan Institut Teknologi ANS (UNITAR) Alor Setar, Kedah.

Taklimat program disampaikan oleh Mohd Zohdi Shihabuddin, Pegawai Hutan Daerah Perlis Selatan. Turut hadir, Mohd Nasir Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Teknologi ANS; dan Rosnani Nazri, penyelaras program.

Kerjasama dalam program ini memupuk komitmen dan semangat untuk memelihara kawasan litupan hijau sebagai agenda nasional. Inisiatif ini juga mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak yang terlibat demi kelestarian alam sekitar.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my