Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPs) bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Kompartmen 23, Hutan Simpan (HS) Mata Ayer pada 11 Februari 2025.
Program ini dirasmikan oleh Salwani Rahmat, Pengarah JANM Perlis. Turut hadir, Muzani Saad, Penolong Pemelihara Hutan (Silvikultur) JPNPs serta staf JANM Perlis dan Pejabat Hutan Daerah Perlis Utara (PHDPU).
Muzani menyampaikan taklimat mengenai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Perlis dan diikuti dengan penanaman 50 pokok jati (Tectona grandis) oleh 50 peserta.
Kolaborasi ini menyumbang kepada pencapaian objektif Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta menggalakkan penyertaan pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar melalui penanaman pokok.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

hello100jutapokok@nres.gov.my