Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM, JPWP, Biotropics tanam 50 tongkat ali
diterbitkan pada 30 September 2024

Pada 30 September 2024, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) dan Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL).

Turut hadir, Haliza Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics; Muhamad Hafni Ahmad Saraji, Ketua Seksyen (Perhutanan Tani dan Penghutanan Semula) JPSM; dan Mohd Firdaus Mohd Rajis, Penolong Pemelihara Hutan JPWP.

Sebanyak 50 pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia) ditanam oleh 17 staf Biotropics di sepanjang laluan Jalan Aquilaria, Denai Penarahan dan Denai Hopea.

Para peserta juga berkesempatan menikmati pengalaman jungle trekking sambil menghayati keindahan biodiversiti di TERKL.

Kolaborasi ini menjadi titik tolak usaha untuk memelihara khazanah alam demi masa depan yang lestari serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my