Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di PD Forest @ Sg. Menyala pada 5 Februari 2024 bersempena dengan lawatan Ahli Mesyuarat MOF Bersama Kerajaan-kerajaan Negeri Bilangan 1/2024.
Program ini dihadiri oleh Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) MOF; YB Dato' Mohd Khidir Majid, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan Darul Khusus; Zulkhairil Amar Mohamad, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am) MOF; Muhammad Azlan Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara (Unit Kewangan Negeri); Nor Ernahilda Mohd Reduan, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara (Unit JK Khas); dan Hamidi Abd. Halim, Pengarah JPNNS.
Sebanyak 22 pokok nadir ditanam di kawasan Petak Tanaman Pokok Nadir, PD Forest. Pokok-pokok tersebut terdiri daripada spesies kundang (Bouea macrophylla), sentul (Sandoricum koetjape), mentega (Diospyros blancoi), jambul bol (Syzygium malaccense) dan asam gelugor (Garcinia atroviridis).
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

hello100jutapokok@nres.gov.my