Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, KKMG, ILAM tanam 1,500 pokok di HS Sabal
diterbitkan pada 06 May 2024

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menganjurkan aktiviti penanaman pokok bersama Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) pada 6 Mei 2024 di Hutan Simpan (HS) Sabal.

Aktiviti tersebut disertai 250 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Politeknik Betong, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan SMK Penrissen; staf agensi-agensi yang terlibat; serta komuniti sekitar Sabal.

Sebanyak 1,500 anak pokok tempatan asli seperti lun daun tebal (Richetia subcylindrica), meranti tangkai panjang (Rubroshorea venulosa), meranti melantai (Rubroshorea macroptera) dan selangan batu pinang (Shorea havilandii) berjaya ditanam.

Turut hadir, Munirah Yahya, Timbalan Pengarah KKMG; Suhaili Aleh, Pengarah Politeknik Betong; Abit Hong, Pengetua SMK Penrissen; dan Rohanie Bohan yang mewakili Ketua Bahagian Restorasi dan Hutan Industri JHS.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my