JHS, UPM Bintulu tanam 500 pokok Sempena HHA
diterbitkan pada 21 March 2024
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melalui Pejabat Hutan Wilayah Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu telah menganjurkan aktiviti penanaman pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2024 di Hutan Simpan Similajau pada 21 Mac 2024.
Sebanyak 500 anak pokok yang terdiri daripada spesies tempatan seperti nyatoh tembaga (Palaquium maingayi), bintangor bukit (Calophyllum lanigerum) dan kayu malam (Diospyros latisepala) berjaya ditanam.
Seramai 55 peserta yang terdiri daripada para pelajar dan staf UPM Kampus Bintulu serta Pejabat Hutan Wilayah Bintulu menyertai aktiviti tersebut.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
Kenali pokok kita

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my