Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

DRB-HICOM EZ-Drive, EON Berhad tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 19 October 2024

Tiga puluh staf DRB-HICOM EZ-Drive Sdn Bhd dan EON Berhad telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 19 Oktober 2024 sebagai sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti oleh ucapan Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad. Turut hadir, Mohd Syahrul Yusuf, Ketua Pegawai Operasi DRB-HICOM EZ-Drive.

Akkbar mengucapkan terima kasih atas peluang untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua staf yang terlibat dan harapan agar aktiviti CSR tersebut dapat memberi motivasi kepada staf yang lain untuk menyertai program pemuliharaan alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup hijau di rumah.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan dan menunjukkan cara penanaman. Sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada engkabang (Rubroshorea macrophylla), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), meranti kepong (Rubroshorea ovalis), merawan meranti (Hopea sulcata), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), jambu bol (Syzygium malaccense) dan belian (Eusideroxylon zwageri) berjaya ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my