Aktiviti dimulakan dengan lawatan ke sekitar Galeri Penyelidikan FRIM. Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan tayangan video FRIM dan ucapan oleh Adrienne Tan, Pengurus Jualan Zofar M&E Engineering. Turut hadir, Chow Kok Loong, Pengarah Urusan.
Tan berkata mereka amat berbangga dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar sambil berinteraksi dengan alam semula jadi. Beliau menekankan kepentingan menanam pokok untuk generasi akan datang. Menurutnya, dengan menyertai aktiviti CSR ini, syarikat bukan sahaja memenuhi tanggungjawab korporat tetapi juga menunjukkan komitmen terhadap prinsip ESG (Environmental, Social and Governance).
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang menyertai aktiviti ini bagi pihak Zofar M&E.
Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan manakala Mohammad Bohari Ehwan, Urusetia CSR menunjukkan cara penanaman yang betul.
Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada rambutan (Nephelium lappaceum), chengal (Neobalanocarpus heimii), kelat (Syzygium sp.), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan merawan siput jantan (Hopea odorata) berjaya ditanam oleh 22 peserta.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my