Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM promosi Program Penghijauan Malaysia di SK Clifford, Kuala Lipis, Pahang
diterbitkan pada 18 January 2024

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mempromosikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang pada 18 Januari 2024.

Aktiviti anjuran bersama Gadang Engineering (M) Sdn Bhd sempena Program Safety, Health and Environment in School (SHERO) ini dirasmikan oleh Khairul Nizam Abu Dahari, Penyelaras DUN Cheka yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang.

Bethany Ruth Mai Rowland Reggie, Penolong Pegawai (Pemuliharaan Hutan) JPSM menyampaikan taklimat mengenai cara penanaman dan penjagaan pokok kepada para peserta. Sebanyak 300 pokok beruas (Syzygium malaccense) dan melur (Jasminum sambac) telah ditanam bagi menjayakan program ini.

JPSM turut mengadakan pameran bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan kawasan litupan hijau, hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup serta usaha pemuliharaan ekosistem dan biodiversiti negara.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my