Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Hutan Lipis tanam pokok bersama SK Senderut
diterbitkan pada 01 February 2024

Pejabat Hutan Daerah Lipis telah menganjurkan aktiviti penanaman pokok bersama para pelajar Orang Asli dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Senderut, Sungai Koyan, Lipis pada 1 Februari 2024 yang melibatkan kira-kira 60 peserta.

Sebanyak 100 pokok hutan spesies merbau (Intsia palembanica), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), kedondong hutan (Spondias pinnata) dan merawan (Hopea spp.) telah ditanam di persekitaran sekolah.

Aktiviti ‘Kick Off Program Rakan Lestari Hutan: Tanaman Pokok Bersama SK Senderut’ ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah, meningkatkan kesedaran serta memupuk semangat cintakan hutan dan alam sekitar.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Lipis

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my