Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Hutan Raub, PMGR adakan aktiviti konservasi
diterbitkan pada 10 February 2024

Pejabat Hutan Daerah Raub dengan kerjasama Persatuan Malim Gunung Raub (PMGR) telah mengadakan aktiviti 'Konservasi dan Penanaman Pokok di Jalur Pendakian Pine Tree Trail, Gunung Semangkok dan Twin Peak' serta penyerahan anak pokok kepada komuniti, pengusaha pelancongan dan orang awam sempena Program Penghijauan Malaysia' di Bukit Fraser, Pahang.

Aktiviti yang diadakan pada 10-12 Februari 2024 ini melibatkan 30 ahli PMGR dan 25 staf perhutanan daerah tersebut. Mereka menanam 40 pokok pelbagai spesies di lereng bukit dan kawasan runtuhan kecil kawasan tersebut.

Selain itu, 150 pokok ciku (Manilkara zapota), sentul (Sandoricum koetjape) dan kuinin (Mangifera odorata) turut diagihkan kepada pengusaha pelancongan, pihak hotel serta orang awam di sekitar Bukit Fraser. Risalah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok juga diedarkan bagi mempromosikan kempen tersebut.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Raub

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my