Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Hutan Jerantut agih pokok, promosi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
diterbitkan pada 14 February 2024

Pejabat Hutan Daerah Jerantut telah mengagihkan 100 pokok nadir dan buah-buahan kepada penduduk Kampung Labu serta Kampung Batu Balak, Jerantut untuk ditanam di kawasan kediaman masing-masing bagi mempromosikan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti yang diadakan di Masjid Kampung Batu Balak, Jerantut pada 14 Februari 2024 ini dihadiri YB Ir. Ts Khairil Nizam Khirudin, DUN Tahan serta wakil-wakil Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Daerah Jerantut.

Aktiviti dimulai dengan Sesi Konsultasi Kawasan Pembalakan Tanah Kerajaan di Mukim Tembeling Tengah dan diteruskan dengan penerangan berkaitan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pokok-pokok yang diagihkan terdiri daripada petai (Parkia speciosa), tampoi (Baccaurea macrocarpa), kerdas (Archidendron bubalinum), karas (Aquilaria sp.), ciku (Manilkara zapota), rambutan (Nephelium lappaceum) dan lain-lain.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Jerantut

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my