Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta Kembara Motosikal Lasak tanam pokok di Rantau Panjang
diterbitkan pada 18 February 2024

Seramai 60 peserta Kembara Motosikal Lasak 'Jungle to the Sea 2024' telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di sepanjang pantai Rantau Panjang, Rompin pada 18 Februari 2024.

Mereka bersama staf penganjur daripada Holeshot Motowear Sdn. Bhd. dan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) serta komuniti Kampung Rantau Panjang telah menanam 50 pokok ketapang (Terminalia catappa) dan bintangor laut (Calophyllum inophyllum).

Aktiviti tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti masyarakat terhadap kepentingan hutan pesisiran pantai serta penglibatan dalam kerjasama memelihara dan memulihara khazanah alam.

Sumber: Pejabat Hutan Daerah Rompin

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my