Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

MNRB tanam 60 pokok dalam program 'Tree of Tomorrow'
diterbitkan pada 27 February 2024

MNRB Holdings Berhad (MNRB Group) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) telah menanam 60 pokok dalam program 'Tree of Tomorrow' di Hutan Simpan Bukit Lagong, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2024.

Aktiviti tersebut merupakan program perintis pihak MNRB Group dalam misi untuk menanam sebanyak 2,500 pokok di seluruh Malaysia sempena sambutan Ulang Tahun MNRB ke-50 tahun lepas.

Spesies pokok yang ditanam terdiri daripada merawan bunga (Hopea pubescens), merawan siput jantan (Hopea odorata), penaga lilin (Mesua ferrea) dan beruas (Garcinia hombroniana) telah ditanam oleh 50 sukarelawan MNRB Group.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MNRB Group, Zaharudin Daud; Ketua Seksyen (Hutan Tani dan Perhutanan Semula) JPSM, Muhamad Hafni Ahmad Saraji dan Pengarah JPWP, Azrul Ekhuan Eliah.

Peserta program juga melawat Taman Eko Rimba Kuala Lumpur untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar serta kepentingan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my