Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mitsubishi HC Capital Malaysia tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 02 March 2024

Mitsubishi HC Capital Malaysia telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 2 Mac 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan Lee Boon Cheng, Pengarah Urusan Mitsubishi HC Capital Malaysia.

Lee mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas peluang yang diberikan. Beliau juga berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok dan pemuliharaan alam sekitar.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) FRIM, Mohd Nizam Achin memberikan taklimat keselamatan manakala Mohd Shahid Mohd Mustafa menunjukkan cara penanaman.

Sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada Kasai (Pometia pinnata), bintangor daun karat (Calophyllum rubiginosum), gapis (Saraca sp.), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), resak daun panjang (Vatica nitens), merawan siput jantan (Hopea odorata), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana), damar hitam pipit (Richetia multiflora) dan chengal (Neobalanocarpus heimii) telah ditanam oleh 15 staf Misubishi.

Mereka juga mengambil peluang melawat Jejantas Rimba (Forest Skywalk), Taman Botani Kepong selepas aktiviti penanaman pokok.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my