Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Diamond Technique tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 09 March 2024

Diamond Technique Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 9 Mac 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan oleh Law Poh Hong, Pengarah Besar syarikat tersebut.

Law berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok dan pemuliharaan alam sekitar.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan dan menunjukkan cara penanaman.

Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada chengal (Neobalanocarpus heimii), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), durian (Durio sp.) dan jambu bol (Syzygium malaccense) berjaya ditanam oleh 20 staf Diamond Technique.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my