Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Public Bank sasar tanam 1,000 pokok, sokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
diterbitkan pada 20 January 2024

Kumpulan Public Bank telah mensasarkan penanaman 1,000 pokok dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebagai permulaan, 100 pokok hutan daripada spesies meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia) dan merawan siput jantan (Hopea odorata) telah ditanam oleh sukarelawan Kumpulan Public Bank di Hutan Simpan Bukit Cherakah, Selangor pada 20 Januari 2024.

Aktiviti penanaman tersebut dihadiri Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Bank Berhad, Tan Sri Dato' Sri Dr Tay Ah Lek; Pengarah JPNS, Azhar Ahmad; CEO YHM, Dr Muiz Murad; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad, Dato' Chang Kat Kiam.

Dalam ucapannya, Tay berkata sasaran penanaman 1,000 pokok merupakan komitmen jangka panjang Kumpulan Public Bank dan YHM untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemuliharaan biodiversiti dan hutan di Malaysia demi manfaat generasi akan datang.

Baki 900 pokok lagi yang terdiri daripada pokok bakau (Rhizophora spp.) akan ditanam pada hujung tahun ini.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my