Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

AMANIE tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 22 February 2024

Amanie Care Foundation dan Amanie Advisors telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 22 Februari 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM dan diikuti dengan ucapan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Care Foundation. Turut hadir, Wan Jusaini Rizal Wan Nasruddin, Ketua Pegawai Operasi Eksekutif FRIM Incorporated Sdn Bhd.

Mohd Daud mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas peluang yang diberikan kepada mereka untuk menyumbang kepada usaha penghijauan. Beliau juga berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok bagi pemuliharaan alam sekitar.

Wakil Program Hutan Ladang (HL) FRIM, Amir Sabri Baharom memberi taklimat dan menunjukkan cara penanaman pokok.

Seramai 25 staf Amanie telah penanaman 40 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) pada aktiviti tersebut.

Mereka juga mengambil peluang untuk melawat JejantasRimba (Forest Skywalk), Taman Botani Kepong selepas aktiviti penanaman pokok.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my