Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Canon Opto hijaukan bumi di FRIM
diterbitkan pada 17 February 2024

Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Februari 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM, diikuti dengan ucapan Husaini Tarima, Pengurus Besar Sumber Manusia dan Hal Ehwal Am.

Husaini mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas peluang yang diberikan kepada warga korporat Canon Opto untuk menyumbang kepada usaha penghijauan. Beliau juga berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok bagi pemuliharaan alam sekitar.

Wakil Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) FRIM, Mohd Nizam Achin memberi taklimat keselamatan manakala Harfendy Osman menunjukkan cara penanaman pokok.

Seramai 25 staf Canon Opto terlibat elah dalam penanaman 20 pokok yang terdiri daripada balau sengkawang air (Shorea sumatrana), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), jambu bol (Syzygium malaccense), ramin (Gonystylus sp.), merawan siput jantan (Hopea odorata), resak daun panjang (Vatica nitens) dan keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius).

Mereka juga mengambil peluang untuk melawat Jejantas Rimba (Forest Skywalk) dan kampus FRIM selepas aktiviti penanaman pokok.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my