Mapletree Malaysia Management Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 3 Februari 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Seramai 55 staf termasuk ahli keluarga telah menyertai aktiviti tersebut.
Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan upacan Ahmad Yusri Yahaya, Pengurus Besar Mapletree Malaysia.
Dalam ucapan, Ahmad Yusri menyampaikan terima kasih kepada FRIM atas peluang yang diberikan serta berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok dan pemuliharaan alam sekitar.
Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan (CPH) memberi taklimat keselamatan dan cara penanaman.
Sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada balau air sengkawang air (Shorea sumatrana), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti kepong (Rubroshorea ovalis), jambu bol (Syzygium malaccense), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), merawan siput jantan (Hopea odorata), balau laut (Shorea glauca), kelat jambu laut (Syzygium grande), keruing bulu (Dipterocarpus baudii), damar hitam pipit (Richetia multiflora) telah ditanam.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my