Cawangan Perhutanan Bandar (UF) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanam pokok pada 2 Februari 2024 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Aktiviti siri keempat 'UF Go Green' ini disertai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr Norwati Muhammad. Turut hadir, Ketua UF, Dr Ahmad Nazarudin Mohd Roseli.
Abdul Hayat Mat Saad, Pegawai Penyelidik UF memberikan taklimat ringkas kaedah penanaman pokok.
Sebanyak tiga pokok jelutong (Dyera costulata) ditanam di Jalan Jelutong FRIM bagi menggantikan pokok-pokok yang telah tumbang atau mati serta memastikan jalan-jalan utama kampus FRIM diperkayakan dengan spesies-spesies pokok bernilai tinggi.
Norwati menyarankan agar aktiviti sebegini diteruskan dengan lebih kerap bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my