Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

SPRM, JPS tanam pokok di Menara Kayangan, Lahad Datu
diterbitkan pada 08 February 2024

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan aktiviti penanam pokok di Menara Kayangan, Lahad Datu pada 8 Februari 2024.

Rombongan pegawai-pegawai pengurusan SPRM ini diketuai Dato’ Dr Asariah Miro Shaharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM. Aktiviti tersebut merupakan pengisian aktiviti sempena lawatan kerja rombongan SPRM ke Pejabat SPRM Lahad Datu.

Pegawai Perhutanan Daerah Lahad Datu, Osman Bangkong memberi taklimat ringkas kepada rombongan mengenai pengurusan Menara Kayangan dan disusuli dengan aktiviti program penanaman pokok.

Aktiviti penanaman pokok ini dihadiri oleh 30 peserta yang terdiri daripada pegawai dan staf JPS dan SPRM yang menanam sejumlah 50 pokok obah merah (Syzygium tawahense).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my