Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

POIC Sabah sokong Program Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 26 January 2024

Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di kawasan POIC Lahad Datu Industrial Park, Lahad Datu pada 26 Januari 2024 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia.

Aktiviti anjuran Jabatan Bendahari Sabah bersama Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) ini diketuai Datuk Mary Angela, Sipaun Bendahari Sabah.

Aktiviti tersebut disempurnakan oleh Datuk Seri Yong Teck Lee, Pengerusi Kumpulan POIC Sabah.

Yong dalam ucapannya berkata POIC Sabah sebagai sebuah organisasi yang peka kepada isu sosial sentiasa mementingkan tanggungjawab sosial korporat terhadap isu-isu global seperti tenaga, pelepasan karbon, krisis perubahan iklim dan keperluan menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

Hampir 50 hadirin yang terdiri daripada staf JPS, Bendahari Sabah dan POIC Sabah telah menanam 50 pokok kelat paya (Syzygium campanulatum) dalam aktiviti tersebut.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my