Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, DOSM tanam pokok pada Program Penghijauan Malaysia, Banci Pertanian 2024
diterbitkan pada 17 December 2023

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menanam 350 pokok dalam 'Program Penghijauan Malaysia Bersempena Banci Pertanian 2024' di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) di Sungkai, Perak pada 17 Disember 2023.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan mengenai Banci Pertanian 2024 serta menyokong usaha kerajaan memelihara kawasan hijau yang akan dipenuhi dengan pokok di seluruh negara untuk kehidupan dan kesejahteraan.

FRIM terlibat secara tidak langsung dalam Banci Pertanian 2024 kerana sektor perhutanan termasuk bawah kategori pertanian yang dilaporkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dato' Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia DOSM dan Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM telah menanam pokok beruas (Garcinia hombroniana) sebagai simbolik perasmian program.

Turut hadir dari FRIM, Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Dr Mohd Rosli Haron, Pengarah Perancangan Penyelidikan; dan Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran.

Pihak FRIM telah menyumbang sebanyak 220 bagi program tersebut. Antara spesies yang telah ditanam terdiri daripada pokok buah nadir dan spesies pokok hutan terpilih seperti jambu bol (Syzygium malaccense), sentul (Sandoricum koetjape), jering (Archidendron jiringa), pelong (Pentaspadon motleyi), gajus (Anacardium occidentale), balau sengkawang air (Shorea sumatrana) dan meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my