Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Hutan Kuching hijaukan CENTEX Lundu
diterbitkan pada 14 October 2023

Pejabat Hutan Wilayah Kuching telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEX) Lundu pada 14 Oktober 2023 bagi menghijaukan persekitaran pusat tersebut.

Aktiviti tersebut merupakan destinasi kelapan bagi Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0) yang meraikan sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Majlis disempurnakan oleh YB Azizul Annuar, ADUN N3 Tanjung Datu. Turut hadir, Datu Hamden Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak; Dr Cheong Yaw Liang, Timbalan Residen Bahagian Kuching; Dr Nor Ashikin Abdul Rahman, Ketua Kampus CENTEXS Lundu; dan Gustian Durani, Pegawai Daerah Lundu.

Majlis dihadiri 300 peserta termasuk peserta peringkat akhir 'Queen of the World Sarawak 2023'.

Selain daripada pameran bergerak Kempen 'Greening Sarawak' dan Program Penghijauan Malaysia, sebanyak 350 pokok yang terdiri daripada pokok belian (Eusideroxylon zwageri), selangan (Shorea spp.), kapur (Dryobalanops spp.) dan lain-lain telah berjaya ditanam.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my