Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS promosi penanaman pokok di Wilayah Sri Aman
diterbitkan pada 11 October 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mempromosikan aktiviti penanaman pokok melalui Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0) di Wilayah Sri Aman, Bahagian Betong pada 11 Oktober 2023.

Sri Aman merupakan destinasi ketujuh LTDR 2.0 yang bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia dan Kempen ‘Greening Sarawak’.

Aktiviti yang diadakan di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Bahagian Betong dihadiri 100 tetamu daripada pelbagai agensi Bahagian Betong.

Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas merasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Timbalan Pengarah Hutan (Pengurusan Hutan), Semilan Ripot.

Selain daripada pameran dan aktiviti promosi Program Penghijauan Malaysia, sebanyak 60 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) telah ditanam di perkarangan kompleks sebagai acara simbolik sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my