Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, UTS sokong Program 1 Pelajar 1 Pokok
diterbitkan pada 09 October 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan University Technology of Sarawak (UTS), Sibu menyokong Program 1 Pelajar 1 Pokok bawah Program Penghijauan Malaysia dengan menanam 60 pokok di kampus UTS pada 9 Oktober 2023 bagi menerapkan sifat prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Sebanyak 60 pokok pelbagai spesies asli seperti belian (Eusideroxylon zwageri) ditanam di perkarangan kampus dengan kehadiran 150 peserta termasuk para pelajar.

Aktiviti penanaman pokok di UTS tersebut merupakan sebahagian daripada Program Le Tour de Restoration (LTDR 2.0) yang diadakan bagi meraikan sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Aktiviti penanaman tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee yang juga merupakan Pengerusi UTS. Turut hadir, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohamad dan Naib Canselor UTS, Professor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Pada majlis tersebut juga, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan UTS yang bertujuan merangka kerjasama dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembangunan modal insan, mewujudkan hubungan baik dalam bidang akademik serta menjalin kerjasama industri termasuk kajian dan penerbitan.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my