Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

LTDR 2.0 Wilayah Kapit semai semangat cintai alam sekitar
diterbitkan pada 07 October 2023

Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0): Greening Sarawak Campaign meneruskan perjalanan ke SMK Kapit No.2, Wilayah Kapit pada 7 Oktober 2023 untuk menyemai semangat cintai alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah.

Program tersebut dirasmikan Datu Hamden Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak. Turut hadir, Azaman Hailee, Pengetua SMK Kapit No.2; serta Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Jabatan Hutan Sarawak (JHS)

Seramai 180 peserta yang terdiri daripada tetamu jemputan dan pelajar telah menghadiri program tersebut.

Selain daripada aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA), sebanyak 100 pokok pelbagai spesies termasuk 60 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) ditanam di perkarangan sekolah sebagai acara simbolik kepada sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my