Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

60 pokok belian ditanam di HS Kayangeran
diterbitkan pada 30 September 2023

Sebanyak 60 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) telah ditanam di Hutan Simpan (HS) Kayangeran, Lawas pada 30 September 2023 bagi Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0): Greening Sarawak Campaign peringkat Wilayah Limbang, Sarawak.

Seramai 100 hadirin telah menyertai pelbagai aktiviti termasuk penanaman pokok yang diadakan bagi meraikan sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Program di Limbang ini dirasmikan oleh Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi. Turut hadir, Penolong Pengarah Hutan Bahagian Restorasi dan Hutan Industri, Zarina Shebli.

Pada petang hari tersebut, Jabatan Hutan Sarawak turut mengadakan aktiviti di bandar Lawas bagi memperkenalkan Kempen ‘Greening Sarawak’ dan Program Penghijauan Malaysia kepada orang awam.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my