Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS promosi Program Penghijauan Malaysia dalam kalangan pelajar IKBN, Miri
diterbitkan pada 27 September 2023

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mempromosi Program Penghijauan Malaysia – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam kalangan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Miri pada 27 September 2023.

Aktiviti tersebut merupakan salah satu aktiviti Program Le Tour de Restoration 2.0 (LTDR 2.0): Greening Sarawak Campaign yang diadakan sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Aktiviti peringkat Wilayah Miri ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan) JHS, Happysupina Sait. Turut hadir, Pengarah IKBN Sarawak, Noor Azma Deris.

Seramai 600 peserta yang terdiri daripada pelajar IKBN, tenaga pengajar serta pegawai dan staf JHS telah menjalankan pelbagai aktiviti termasuk penanaman 60 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) di perkarangan IKBN sebagai acara simbolik untuk memperingati LTDR 2.0.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my